Saturday 23 March 2019

ORANG YANG ADA VISION BOARD AKAN LEBIH BERJAYA!

Korang tahu apa tu vision board?  hah vision board tu satu benda yang korang nak capai dan nak settlekan dalam hidup ni!

Selalu orang akan buat ikut tahun la. Dan dia akan fight sehabis mungkin untuk capai vision board tu!

contoh untuk tahun lepas adalah nak settle kan hutang kereta,  nak buat sideincome yang boleh capai 3-4 angka! kalau lebih lagi power dan alhamdulillah nad berjaya capai😊

dan tahun 2019 ni pulak ialah nak settlekan hutang piutang Nad, nak hadiahkan mak periuk noxxa sempena besday dia, nak fight untuk rankup sebagai senior supervisor dan macam2 lagi la!

Vision board ni korang boleh buat dari pelbagai sudut,  samada study,  family,  keperluan diri,  dalam kerjaya atau bisnes😊

senang ja cara nak buat tu,  korang list kan dulu vision hidup korang then p beli mounting board kat kedai buku,  korang cari gambar or tulis la apa2 note kat atas tu.  so lekat dalam bilik tido korang!

bangun ja pagi benda pertama korang akan nampak adalah vision board korang😁

tapi bila dah buat jangan pulak simpan dalam peti,  tahun depan baru tengok balik,  korang kena usaha dan fight la apa yang korang nak capai tu✌

ni bawah ni nad sertakam sikit gambar2 vision board yang boleh korang buat

so jom,  hidup dengan penuh misi dan visi!  good luck✌




No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN 2019

Tahun 2019 dah berlalu hampir seminggu! Banyak sangat suka dan duka sepanjang setahun ni!  dari segi personally,  kerjaya dan bisnes! so...